Wednesday, November 17, 2010

Gadis Semasa dan Jejaka Itu

Berkongsi sebuah cerita... 
Bosan acapkali disajikan dengan pengorbanan seorg wanita yang dihargai cuma apabila dia tiada, 
dan Lelaki patut bla bla bla n bla
bukan mengada.. tp sesekali jgn lupa
masih ada Jejaka dan kisah cintanya... 

susah juga kalau mahu bercerita jejaka punye agenda. err.. aku mula dari perspektif "gadis semasa" .. 

gadis semasa:

aku mengenalinya tatkala dikenakan pada hari pertama dia melapor diri di tempat kerja ku. aneh bukan? aku yang baru sampai pagi itu , hampir melepaskan kemarahan kerana asyik di minta fail olehnya, apabila diberi, salah katanya (jejaka itu). aku angkuh berkata , aku benci lelaki itu, walau rakan berkata jangan begitu nanti dia teman istimewamu

err angkuh balasannya -> dan dia kini teman lelaki istimewa ku..

hari mendatang:-
segala duka aku adukan padanya. segala tawa aku kongsikan dengan taman hatiku (jejaka itu) , bagai cakerawala aku yang punya..
(jejaka itu) aku benar rasa bersyukur dipertemukan dengannya.

Namun :- Dugaan itu tiba...
Masih gadis semasa 
.....Aku berjalan kaki untuk ketempat kerja kerana jarak yang tidak seberapa, seawal enam pagi, aku melalui denai, keseorangan. dan apabila aku sedar aku sudah dirumah sewaku. sebelum dibawa oleh jejaka itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah. 

aku dipukul orang yg tidak dikenali di belakang kepala, ditumbuk dibahagian mata kiri. hampir sebulan aku terlantar, Jejaka itu datang setiap hari menjengukku. aku diberitahu aku mungkin kehilangan penglihatan sebelah kiri. waktu itu dikala masih trauma, Jejaka itu masih disisi. kecederaan teruk nyata teruk apabila bantal ku akan ade kesan darah, hidung, telinga mengeluarkan darah kerana kecederaan dalaman, jejaka itu masih disitu.

Setelah aku sembuh walau berbulan lamanya.Akhirnya ,aku dilamar, Alhamdulillah aku kini isteri jejaka itu. lalu terbongkar segala rahsia.
katanya sewaktu rakan sekerja tahu aku bakal kehilangan mata kiri, ramai mendesaknya meninggalkan ku. buat apa mahu menanti gadis yang bakal cacat . kata manusia-manusia takbur itu.. aku bertanya kepada jejaka itu, kenapa masih disisi ku, jawapannya membuat aku percaya
"masih ada jejaka itu, setulus menerima gadis semasa gadis sepertiku, cuma kita perlu yakin akan kuasa Yang Satu"

jawapan jejaka itu: "abang kenal sayang sewaktu sempurna anggotamu, bagaimana abang sanggup meninggalkanmu?"

Alhamdulillah, mata kiriku pulih sehingga doktor terkejut, katanya kamu harus bersyukur jarang kes begini akan pulih penglihatannya. aku masih tertanya adakah mungkin kerna kesetiaan jejaka itu , maka Allah hadiahkan dia penglihatanku semula, apa pun aku bersyukur kepada-Nya.
-------------tamat cerita gadis semasa-------------
aku pencerita...
aku hanya mencerita kisah benar sahaja.kisah siapa biar aku simpan sahaja
mahu kita menghargai jejaka itu yang juga ada disekeliling kita
manusia takbur yang mendesak jejaka itu meninggalkan gadis semasa memang ada
itulah membuktikan kita ini manusia

No comments:

Post a Comment