Wednesday, November 17, 2010

cerita benar.. aku tulis di Fb lalu aku lampirkan di BLog ini

Mualaf Life 



Pasti sume org tertanya2. kenapa tajuk ni .. Sekadar Berkongsi sebuah Pengalaman

Seorg anak kecil, perempuan, dilahirkan bkn dalam keluarga Islam. tetapi memilih utk menganuti agama Islam pada usia sekolah rendah lagi. anak gadis itu sgt teringin mendalami Islam , tapi di usia hanya dalam 9 tahun ke 12 tahun , siapa mungkin percaya nekadnya untuk mendalami Islam? Sampai satu ketika dihina seorang ustaz kerana ragu2 akan niat murni anak kecil itu. Dihina kerana ingin memeluk Islam? anak kecil itu menangis sendirian. apakah susah untuk menganuti Islam ini? Namun mahu tahu siapa pendorong utama yang menguatkan semangatnya utk terus berada dlm cara hidup Islam? Bapa nya yang bkn beragama Islam. kata bapanya kalau sudah memilih agama tekadkn semangatmu. Jika keluar Islam, bapanya tidak sekali-sekali membenarkannya menganuti mana2 agama lain. Sejak itu, anak kecil itu berkata aku akan kuatkan tekadku demi Islam tercinta. 

Itu kisah tatkala sekolah rendah. dihina. dipandang rendah oleh org Islam sendiri. benar ada mualaf yang membuat onar, tapi semua manusia masih memrlukan bimbingan bukan?

tatkala anak kecil itu berinjak ke usia remaja iaitu 13 tahun, dia harus medaftar di tingkatan satu. pastinya perlu mengambil kelas pendidikan Islam. oleh kerana bapanya bukan beragama islam pakaian rasmi sekolahnye adalh 'pinafore', bkn bj kurung. oleh kerna itu remaja ini di halau oleh seorang ustaz, mgkn agak kasar, diminta utk belajar ditepi kelas seorg diri sehingga kelas selesai. Sedih hati seorang mualaf yg hanya berusia 13 tahun? jika anda berada ditempatnya mampukah anda menghadapi keadaan itu?
dengan penuh kesedihan, usai sahaja kelas pendidikan islam oleh seorang ustaz berasal dari Kedah itu, remaja ini berjumpa dgn ustaz di tepi kelas, utk memberi penjelasan. 
katanya;-

gadis: Ustaz, boleh saya ckp sebentar?
Ustaz:Saya ada hal (tanpa memandang sedikit pun wajah gadis itu)
gadis: Ustaz sy minta maaf, sbb memakai pinafore, sy xtahu 
Ustaz: kalau dah tahu nak belajar pendidkan Islam, kene la pakai baju kurung. bertudung
gadis: sebenarnya baju ni ayah saya belikan, dan dia bkn islam
Ustaz: err jd kamu ini mualaf (dengan muka merah )
gadis: a'ah ustaz. kalau nk beli bj kurung dalam masa terdekat xboleh la ustaz, sy org susah

kesimpulannya. selepas penjelasan oleh gadis itu dengan juraian air mata , ustaz itu meminta maaf, sehingga berjanji untuk membelikn uniform sekolah, yakni baju kurung. gadis itu pula diberi kelonggaran memakai pinafore sehingga tempoh tertentu. dan gadis itu terus utuh utk hidup dlm agama islam sehingga sekarang dan memilih lelaki Islam sebagai pasgn hidupnya. 
dan gadis itu ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustaz dari Kedah itu kerana menerimanya, walau dia sempat belajar dengan ustaz itu hanya semgu sebelum ustaz itu berpindah semula ke Semenanjung. dan gadis itu ingin ustaz itu tahu dia tetap dengan Islam sehingga kini.

dan gadis itu merupakan kakak ipar saya.

itu hanya 2 cebis dugaan bagi memilih Islam sbg cara hidup oleh seorg mualaf. kalo kita ditempatnye. berapa kuatkah kita? 13 tahun ?

hanya satu persoalan ? kenapa Mualaf dilayan begini? kalo ada jwpan sila kongsikan dengan saya yang masih mencari jwpn.

1 comment:

  1. mungkin Allah ingin menguji kekuatan diri umatnya yang mahu mengenali agama yang suci. kekuatan diri itu mengukuhkan tiang2 agama yg ingin didirikan, walaupun dipukul ribut. Allah itu maha mengetahui setiap ape dugaan yg diturunkan kepada hambanya. semoga Allah melindungi dan memberi kekuatan serta ketabahan hati hambanya yang mendapat hidayah daripadanya.

    ReplyDelete