Wednesday, March 30, 2011

Indigo yang hebat

ini pengalaman baik punya. itulah yang perit kalau berurusan dengan 'client' fuh. boleh berasap la minda ni. Sebagai seorang yang menguruskan pembangunan sesebuah sistem, aku hanya perlukan keputusan. bukan menghadiri satu sesi perbincangan keputusan.

buang masa, buang tenaga. dah la sakit pulak telinga.

bos sila seragamkan keputusan. bos, ketua unit , staf. sama ja.

kaitan tajuk diatas bila tema website minta tukar pada indigo. ada banyak indigo punya kaler okay. html hex code tu sah tulis indigo dah tu masih nak gaduh.
pilih kaler indigo dekat sejam.

p/s: gila gila. kala kepala turun ke lutut, kaki bermahkota raja

Monday, March 21, 2011

Mari berkenalan menggunakan bahasa malaysia

Aduh cik tekak, bagaimana mahu bermula.

A: What is your name (Siapa nama kamu?)
B: My name is cik tekak (Nama saya adalah cik tekak). May i know your name? (boleh saya tahu nama anda)
A: Yes, of course. My name is Cik Kiah (Boleh, nama saya Cik Kiah).

Ringkas sahaja entri ini. tetapi selain mahu berkongsi mahu juga memberi imbas cara apabila kita berada dalam sesi taa'ruf.
masih dicedok dari goole tanpa izin. maaf ya


Maaf jika mengguris cuma mahu berkata akan kelainan setiap ahli ta'ruf apabila diasak untuk memperkenalkan diri dihadapan himpunan. Sedikit rimas tapi itulah gaya yang telah, sedang atau bakal digunakan :-
Biasanya inilah norma ayatnya.
1) Nama diberi 'polan bin/bt polan' (err ini bukan gaya cik tekak, biasanya ada juga hati berkata-kata. jujur kurang gemar, tapi lain orang lain cara)
- biasanya barisan kepimpinan tertarik menggunakan frasa ini.

2) Nama saya 'polan b/bt polan'
- cik tekak suka, sebab ringkas dan cepat habis sesi. sekian.

p/s: tapi biasanya oleh kerana cik tekak peramah. apabila berjumpa seseorang yang diyakini baik budi, baik hati, baik pekerti, lantas ditegur (selalunya jika seorang diri). Maaf jam pukul berapa. hahahahha. ayat biasa lalu akan berhamburan segala ceritera. terima kasih kepada yang sudi menjawab soalan dinda keh keh keh

Menonton PABM. Belajar bahasa Melayu atau malaysia

diambil tanpa izin dari 'google'
Kebanyakan peserta menuturkan lenggok bahasa indonesia. Jadi terfikir oh susah mahu mencari laman maya yang memberi info untuk belajar bahasa malaysia. Bukan mahu melangkau kecemerlangan paksi DBP. tetapi mahu memberi pilihan atau variasi dalam usaha memartabatkan bahasa melayu .

Usaha kecil dari cik tekak.
1) mengelakkan kesilapan ejaan.
2) Memasukkan sedikit demi sedikit cara belajar bahasa malaysia dengan lebih baik.
3) Kepada yang mahu membantu silakan.

Mencari Arah hidup yang jitu

Oh masih tercari-cari. Dimanakah destinasi perjuangan hidup. sekarang sudah boleh tersenyum. Dulu sukar kerana aku mencari jalan. Masih berdoa ditetapkan tekad. Dikuatkan hati yang rapuh walau luaran tampak gagah.

Jika ada yang singgah menapak ruangan blog ini, sila sudikan raga doakan aku berjaya ketemu apa yang aku cari.

Thursday, January 20, 2011

Kerja aku sbg seorang programmer

Cik tekak dipertanggungjawabkan untuk siapkan sebuah sistem. ape aku buat pun tidak tahu tapi aku masih cuba.

pasal orang lain: nak datang opis main game di facebook sahaja pn. gaji masuk jugak setiap bulan. ikut suka andalah
pasal orang lain: dengki melihat ada staf kesayangan goyang kaki tanpa dimarahi bos. suka hati andalah.
pasal orang lain: menyibuk hal orang lain, menyindir di mukabuku pun. ikut suka hati andalah.

Aku rasa aku tak ada kaitan langsung, tapi aku masih pening, ape kaitan keje aku ngan masalah di atas?
environment will effect our performance.seperti biasa kalau ape-ape isu jadi kat opis nanti sila jangan babitkan aku. aku golongan berkecuali .

kan faten?

p/s: aku menyampah . tp apakan daya. aku hanya semut merah .

Monday, December 20, 2010

Ultimate Shout Award Vs Ultimate Hot Stuff

Ultimate Shout Award goes to Yuna.

Ultimate Hot Stuff goes to someone
-> yang rasa bangga dia cantik. perlu ka? bagitaw orang muka dia secantik siapa?
siapa yang mengoratnya? dato' mana meng sms nya. aigoo
 susah jadi orang cantik. aku suka kwn org cantik (tp behave) sebab bagi aku itulah cantik dalaman seseorang.
kalo aku terasa ingin mendabik dada aku taw ada lagi insan indah rupa. baik budi. baik bicara. tutur kata sesopan orangnyaa.

p/s: aku geram la. tang mana iras 'eja'. aku xsecantik lisa but then aku taw pencipta mencipta hambaNya seindah ciptaan. Alhamdulillah

Army Food

army atau dalam bahasa melayunya  tentera. Okey. Ceritanya bermula kerana adik kepada akak ipar aku seorang tentera. Nak dijadikan cerita Khamis lepas dia datang. dan dia bawak makanan-makanan yang dimakan oleh tentera. biskut, pulut hitam, dan juga beras yang mereka gunakan jika ada latihan dalam hutan

pertamanya biskutnye. tiada rasa. sedap lagi biskut tawar dan biskut meri.aku sangat-sangat bersyukur. tp yg paling rare huh. si pd(adik kepada akak iparku) ni soh baling biskut tu kedinding. then magic things happen. xpecah pn. hebat dude biskut tu.

ke2 aku rase bubur pulut hitam. sangat2 manis. tapi sebab pulut hitam ni ready made. so leh imagine tak orang-orang yg xsuka makan manis sangat . siksa juga ya.

ke 3. err baru beli beras jasmine. bila masak nasi ia agak keras, then aku ngan akak ipar aku agak bising. lalu pd bersuara. beras tentera tu lagi keras. lalu aku teros diam. akak ipar aku pn sama.

p/s: padan muka dua-dua. bersyukur la. gamba nanti la aku upload.  hehehe. patut menghargai kesusahan mereka.